Mengenai Tinjauan

Ketahui lebih tentang kami, tinjauan kami dan kenapa kami percaya isu-isu yang kami menyentuh adalah penting kepada semua rakyat Malaysia

Dua kanak-kanak kelihatan gembira ketika air mengalir di hadapan mereka

Apa yang anda perlu tahu

Tentang tinjauan ini

“Cuaca kami rasa macam semakin panas setiap tahun!”

“Adakah kami sudah sedia untuk banjir yang akan datang?”

“Mengapakah bekalan air saya terganggu lagi?”

Pernahkah anda rasa bimbang tentang mana-mana isu di atas? Jika ya, tinjauan ini adalah untuk anda!

Kerajaan Malaysia sedang memikirkan reformasi sektor air, dan ingin melaksanakan transformasi sektor kepada suatu “enjin pembangunan dinamik untuk negara”. Pada Ogos yang lepas (2020), Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan untuk menyelidiki topik ini. Sementara itu, pemanasan global bertambah teruk, dan ini dijangkakan menyebabkan lebih cuaca melampau dan taburan hujan tidak menentu. Dalam kes ini, sumber air bakal menjadi semakin kurang dapat diandalkan.

Kami mahu anda, sebagai rakyat Malaysia, membantu membentukkan cadangan dasar kepada kerajaan yang berkaitan dengan isu-isu ini. Anda hanya perlukan 15 minit untuk mengisikan tinjauan kami.

Tinjauan ini bermula dengan soal selidik biasa, dan berakhir dengan alat baharu bernama Pol.is, di mana anda boleh “berbincang” tentang isu-isu berkaitan dengan peserta lain. Macam ini, perbincangan ini akan terus berkembang ke arah-arah baru (lihat kajian kes di sini). Akhirnya, kami akan menggabungkan pendapat anda kepada cadangan dasar dan membesarkan suara anda di pentas lebih besar.

Tentang MYD

Malaysian Youth Delegation (MYD) ialah sebuah pertubuhan yang ingin memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan tentang dasar dan perundingan perubahan iklim, sementara memberi pelantar kepada belia yang berminat untuk menerokai dunia perjanjian iklim di tahap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Matlamat-matlamat utama kami adalah:

  1. Memudahkan advokasi dasar perubahan iklim antara belia Malaysia
  2. Mempertanggungjawabkan pemimpin Malaysia dan institusi antarabangsa untuk tindakan iklim
  3. Mendidik rakyat Malaysia tentang perubahan iklim dan dasar-dasar yang berkaitan
  4. Memperkuatkan gerakan iklim di tahap negara, serantau dan antarabangsa

Ketahui lebih tentang MYD di sini.

Tentang isu-isu

Sebuah dunia tanpa air adalah sebuah dunia tanpa hidupan. Lebih daripada itu, air juga mempengaruhi banyak lagi aspek masyarakat, termasuk pembangunan ekonomik, bekalan tenaga dan risiko bencana.

Sementara itu, gas rumah hijau yang dilepaskan oleh aktiviti kami menyebabkan perubahan iklim semakin teruk, meningkatkan risiko bencana seperti corak hujan, banjir dan kemarau yang tidak dapat diramalkan dan yang terlampau. Bekalan air di Malaysia terdedah kepada kesan-kesan perubahan iklim ini kerana 97% daripada bekalan air kami adalah “air permukaan”.

Tanpa rancangan untuk menangani kesan-kesan ini, bekalan air yang boleh diandalkan akan lebih sukar diperolehi. Berita baik adalah bahawa terdapat rancangan dalam polisi yang boleh mengurangkan kesan-kesan perubahan iklim.

Jika anda hendak mengetahui lebih tentang isu-isu ini, sila ruku kepada wiki.

Adakah anda meminati mana-mana daripada rancangan yang disenaraikan? Adakah anda memiliki idea lain? Beritahu kami dalam Tinjauan Air dan Perubahan Iklim, ia hanya mengambil masa 15 minit!

Apa boleh saya buat?

Anda boleh mengisikan tinjauan kami, atau baca lebih.