Ketahui lebih tentang isu-isu air

Fahami lebih baik isu-isu berkaitan dengan air dan perubahan iklim, dan mengapa mereka mempunyai kesan terhadap semua rakyat Malaysia.

Gambar seorang tua yang sedang berdiri sendiri di ladang tanaman

Adakah akses kepada air yang selamat diminum dan sanitasi merupakan hak manusia?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa akses kepada air dan sanitasi merupakan hak manusia, tetapi beberapa pihak membantah bahawa air ialah suatu barang ekonomi atau komoditi.

Air dan sanitasi sebagai hak manusia

Kebanyakan ahli sains setuju bahawa manusia hanya boleh hidup untuk beberapa hari tanpa makanan atau air. 1

Perhimpunan Agung dan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf air minuman yang selamat sebagai hak manusia pada tahun 2010 2 , dan lima tahun kemudian, Perhimpunan Agung mengiktiraf sanitasi sebagai hak manusia 3 . Malaysia mengundi Ya untuk resolusi 2010 itu.

Apakah maksudnya?

  • Hak kepada air melayakkan semua orang untuk mendapat akses kepada air yang cukup, selamat, boleh diterima, boleh diakses secara fizikal, dan berharga berpatutan untuk kegunaan personal dan domestik. 4
  • Hak kepada sanitasi melayakkan semua orang untuk menerima akses fizikal dan berharga berpatutan kepada sanitasi, dalam semua sfera kehidupan, yang selamat, bersih, terkawal, dan boleh diterima secara sosial dan budaya, dan memberikan privasi dan menjamin maruah. 4

Mengapakah PBB mengiktiraf hak ini?

  • Majlis Hak Asasi Manusia menerangkan pada 2010 bahawa hak kepada air datang daripada hak taraf hidup yang memadai.
  • UN Water menyatakan bahawa “kekurangan akses kepada air, sanitasi, dan fasiliti kebersihan yang selamat, mencukupi dan berharga berpatutan mempunyai impak yang teruk kepada kesihatan, maruah, dan kemakmuran berbilion manusia, dan mempunyai kesan yang ketara bagi merealisasikan hak asasi manusia yang lain.” 4

Untuk perbincangan yang lebih lanjut berkenaan undang-undang dalam dan luar negara berkaitan air sebagai hak asasi manusia, layari pautan ini.

Air dan sanitasi sebagai barang ekonomi

Prinsip- prinsip Dublin 1992 (perjumpaan pakar masalah berkaitan dengan air pada tahun 1992) mengisytiharkan bahawa air ialah “barang ekonomi” buat kali pertama, dan menyatakan bahawa perdagangan air sebagai komoditi ialah cara paling efisien untuk menguruskan bekalan air yang kurang. 5

Air dan sanitasi sebagai kedua-duanya

Sesetengah berpendapat di antara dua pilihan tersebut, contohnya, air diperlukan untuk hidup dan mesti disediakan untuk semua orang walaupun mereka tidak mampu bayar, tetapi penggunaan berlebihan haruslah berbayar akibat infrastruktur yang diperlukan untuk menyediakannya. 6

Namun begitu, terdapat juga pendapat bahawa definisi hak manusia kepada air hanya terhad kepada kelangsungan hidup, kerana jumlah air itu masih kurang daripada jumlah air yang diperlukan untuk mengekalkan maruah manusia (contohnya, kesihatan dan kebersihan). 7

Apakah status sekuriti air global?

Dianggarkan 1.6 billion penduduk di negara-negara membangun yang masih kekurangan infrastruktur untuk memperoleh air dari sungai dan akuifer 8 . Pertumbuhan penduduk, peningkatan tahap penggunaan air dan perubahan iklim terus mendorong kekurangan air.

Apakah keadaan sektor air di Malaysia?

Bahagian ini akan membincangkan empat segi sektor air di Malaysia: akses kepada air, penggunaan dan bekalan air, dan juga masalah yang dihadapi oleh sektor.

Apakah keadaan akses kepada air di Malaysia?

Pada tahun 2015, dicatatkan bahawa 98% daripada populasi Malaysia mempunyai akses kepada sumber air minuman yang diuruskan secara selamat dan 86% mempunyai akses ke fasiliti sanitasi yang diuruskan secara selamat 11 . Namun begitu, menurut Jabatan Statistik, 53% daripada masyarakat Orang Asli tidak mempunyai akses kepada air paip 10 9

Apakah keadaan penggunaan air di Malaysia?

Rakyat Malaysia menggunakan air dalam kadar 220-250 liter air, iaitu tertinggi di Asia Tenggara. Negara-negara jiran seperti Thailand menggunakan 160-170 liter air sehari seorang, Singapura 130-150 liter sehari seorang, dan Indonesia sebanyak 140-160 liter air sehari seorang 8 .

Apakah keadaan bekalan air di Malaysia?

97% daripada bekalan air Malaysia disumberkan dari pengaliran air permukaan seperti sungai dan tanah lembap, manakala air disimpan secara lazimnya dalam sistem takungan.

Apakah masalah yang dihadapi oleh sektor air di Malaysia?

Kegantungan atas air permukaan ini menjadi Malaysia terdedah dan mungkin menjadi mangsa kepada cuaca yang melampau serta hujan yang tidak boleh dijangka. Contohnya, Malaysia mengalami kemarau pada 1998 dan 2014. Kemarau 2014 menyebabkan kapasiti empangan air kurang sebanyak 53%; di Klang Valley, ini menyebabkan rakyat mengalami catuan air hari ganti. Sejak 2010, kekurangan air telah menambah falam beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka 8 .

Tahun lepas, bekas Menteri Air, Tanah, dan Sumber Asli menyatakan bahawa negara kita dijangkai melihat pengurangan sumber air sebanyak 20-25% menjelang 2025-2030 akibat musim kemarau yang lebih melanjut yang disebabkan oleh perubahan iklim, tetapi industri air masih belum sedia untuk menangani masalah pengurangan air 13 . Sebuah kajian dari 2010 menjangka bahawa perubahan iklim akan menyebabkan lebih banyak musim kemarau pada 2028, 2029, 2034, 2042 dan 2044 12 . Namun begitu, ketidakpastian umum yang dijumpai dalam pemodelan perubahan iklim yang digunakan untuk memberikan senario masa depan ini menyebabkan ia susah untuk sesebuah negara melaksanakan usaha rancangan air yang spesifik 14 .

Di samping itu, sumber air tempatan menghadapi permintaan dan tekanan yang semakin meningkat daripada pertambahan jumlah penduduk, urbanisasi, perindustrian, pengembangan pertanian yang diairi dan perubahan iklim. Faktor-faktor ini (kecuali perubahan iklim) juga telah membawa kepada pencemaran air 15 .

Bagaimana isu sekuriti air berkait dengan isu lain?

Sekuriti air, seperti perubahan iklim, berkait dengan banyak isu lain.

Air dan kesejahteraan kehidupan manusia

Sekuriti air, dalam kontext kesejahteraan kehidupan manusia, bermaksud manusia memiliki akses ke air yang selamat, mencukupi dan berharga berpatutan bagi:

  • Memenuhi keperluan asas untuk minum, sanitasi dan kebersihan,
  • Untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan, dan
  • Untuk memenuhi hak asasi manusia 16

Cuaca yang melampau, seperti gelombang haba, kemarau dan banjir, dijangka menjadi lebih kerap dan parah apabila iklim kita berubah. Gelombang haba dan kemarau boleh mengurangkan simpanan air, manakala banjir boleh mencemarkan simpanan air.

Simpanan air dan ekosistem

Sekuriti air, dalam konteks ekosistem, bermaksud bahawa ekosistem dipelihara dan mampu menyediakan sumber yang bergantung pada alam sekitar dan manusia, termasuk air tawar. 16

Kesihatan ekosistem adalah pertimbangan penting dalam pengurusan air; sebagai contoh, Central Forest Spine of Peninsular Malaysia, yang terdiri daripada empat hutan utama, membekalkan 90% air Semenanjung Malaysia 17 . Apabila ekosistem di lembah sungai mengalami degradasi, kelajuan saliran air melalui lembah sungai (dikenal sebagai "kelajuan saliran") menjadi lebih laju, membuat banjir di hilir menjadi lebih buruk.

Perubahan iklim adalah pengaruh penting terhadap kesihatan ekosistem; sebagai contoh, ia boleh menyebabkan kerosakan kitaran di hutan. Ketika hutan diancam oleh pembalakan, hujan akan berkurangan kerana kekurangan pokok yang memindahkan air dari jauh ke dalam tanah ke udara. Hujan yang kurang menyebabkan pokok hutan hujan lebih lemah dan kering dan mudah terbakar, oleh itu menyebabkan lebih banyak hutan hilang 18 .

Laporan Dwi Tahunan Malaysia (2015) kepada PBB memberikan penekanan lebih kepada kepentingan pengurusan sumber air bersepadu dan pengurusan lembangan, termasuk penyelesaian berasaskan alam semula jadi. 19

Air dan pembangunan ekonomi

Sekuriti air, dalam konteks pembangunan ekonomi, bererti bekalan air yang mencukupi tidak hanya tersedia untuk minum, tetapi juga untuk pengeluaran makanan, penjanaan tenaga, industri, pengangkutan dan pelancongan.

Hubungan antara air, tenaga dan makanan kenali "nexus energi-air-makanan".

Diagram of the energy-water-food nexus
Diagram of the energy-water-food nexus

Sekuriti Air dan Makanan (nexus air-makanan)

Semua makhluk yang hidup di bumi memerlukan air - kita manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita bergantung sebagai sumber makanan. Satu contoh nexus makanan-air ini ialah nasi, yang merupakan makanan ruji di Malaysia. Kajian di Universiti Putra Malaysia menunjukkan bahawa peningkatan suhu dan perubahan corak hujan akibat perubahan iklim dapat mengurangkan hasil padi tempatan sebanyak 12% dalam musim menuai utama dan 31.3% pada musim menuai yang lain, dari 2015 hingga 2030 20 . Tambahan pula, 25% bekalan beras kami diimport 21 , jadi akan bergantung pada keadaan di negara-negara lain dan operasi rantaian bekalan.

Sekuriti tenaga (nexus tenaga-air)

Setiap langkah kitaran air - menghasilkan, menggerakkan dan mengolah air, kemudian mengumpulkan dan merawat air sisa - meggunakan tenaga 22 .

Manakala: hampir setiap sumber tenaga menggunakan air dalam beberapa bentuk. Pengekstrakan dan pemprosesan gas asli, petroleum dan arang batu memerlukan sejumlah besar air 23 . Lebih banyak air diperlukan jika minyak, gas dan arang batu digunakan untuk menghasilkan elektrik dengan turbin wap, terutama jika air penyejuk hanya digunakan sekali.

Peralihan ke sumber tenaga yang melepaskan karbon yang lebih rendah dapat mengakibatkan peningkatan atau penurunan penggunaan air per unit listrik yang dihasilkan, bergantung pada pilihan teknologi. Oleh itu, ketika kami merancang untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk mengurangkan perubahan iklim, rancangan di sektor tenaga berkemungkinan memerlukan pertimbangan penggunaan sumber air untuk menghindari akibat negatif yang tidak diinginkan 24 .

Energy v WCEP
Energy v WCEP

Kebahayaan yang berkaitan dengan air dan perubahan iklim

Sekuriti air dalam konteks ini bererti bahawa masyarakat memiliki daya tahan terhadap "kebahayaan alam yang berkaitan dengan air", yang meliputi banjir, kemarau dan pencemaran.

Banyak risiko perubahan iklim global tertumpu di kawasan bandar. Beberapa di antaranya yang berkaitan dengan air termasuk kenaikan paras laut dan gelombang badai, hujan yang melampau, banjir di daratan dan pesisir, tanah runtuh, kemarau, dan kekurangan air. Di Malaysia, masalah ini menjadi lebih rumit dengan pembangunan harta tanah berterusan di kawasan yang lebih berisiko untuk banjir 14 .

Oleh kerana perubahan iklim berkemungkinan berlaku disebabkan suhu rata-rata global telah meningkat sekitar 1°C dalam 100 hingga 200 tahun dulu, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan peningkatan cuaca yang ekstrem sangat penting. Sebagai contoh, rancangan pembangunan infrastruktur dan sistem masyarakat yang lebih baik yang merangkumi input dari pelbagai pihak yang berkepentingan, atau membangunkan kemampuan warganegara, terutama yang miskin dan lemah, untuk menangani kebahayaan dan bencana alam ini.

Apa boleh saya buat?

Mengisikan tinjauan kami