Polisi Privasi

Kami mementingkan privasi anda. Baca halaman ini untuk mengetahui bagaimana data yang anda mengemukakan kepada kami akan dikumpul, digunakan dan disimpan.

Tembakan udara empangan

Privasi

1: Jenis-jenis maklumat yang dikumpul

Jenis-jenis maklumat yang dikumpul oleh Malaysian Youth Delegation ( “MYD”) secara umumnya tertakluk kepada kategori-kategori berikut:

  • Maklumat peribadi, maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti Pengguna sebagai individu, yang merangkumi maklumat berikut:
  • maklumat peribadi seperti umur, kaum dan poskod pengguna;
  • maklumat perhubungan peribadi pengguna, seperti alamat e-mel

(Maklumat yang dikumpul bertujuan untuk memudahkan proses klasifikasi demografik pengguna untuk memahami pendapat-pendapat kolektif dengan lebih baik.)

  • Maklumat awanama, maklumat yang tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna sebagai individu, atau bukan sebahagian daripada maklumat peribadi pengguna.
  • Maklumat awanama boleh dikumpul untuk menilai kepuasan pengguna dengan laman web - khususnya dengan tahap akses laman web, kejelasan laman web, lain-lain.

Maklumat akan dikumpul menggunakan Netlify, SurveySparrow dan Pol.is dari 13 Februari 2021 sehingga 15 Mac 2021 ( “tempoh tinjauan”)

2: Pengumpulan Maklumat Peribadi

Secara umumnya, MYD mengumpul maklumat peribadi dengan cara-cara berikut:

  • apabila anda menghubungi jawatankuasa penganjur untuk tinjauan ini (dan/atau entiti berkaitan dengan jawatankuasa tersebut)
  • apabila anda mengemukakan persoalaan atau permintaan kepada jawatankuasa penganjur, secara langsung atau tidak langsung;
  • apabila anda menghantarkan borang atau permohonan kepada jawatankuasa penganjur melalui tinjauan atau borang web;
  • apabila anda menghantarkan aduan;
  • apabila anda menghantarkan maklum balas untuk memperbaiki tinjauan; dan
  • apabila anda menghantarkan maklumat peribadi kepada MYD, untuk sebab-sebab lain.

Jika dan apabila anda memberikan MYD (dan/atau entiti berkaitan dengan MYD) maklumat peribadi berkaitan dengan pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada informasi saudara tanggungan dan/atau pasangan suami isteri), dengan berkongsi maklumat seperti ini kepada kami, anda menjamin dan mewakili kepada MYD bahawa anda telah memperoleh kebenaran pihak ketiga berkenaan, untuk memberikan MYD maklumat peribadi pihak ketiga, untuk tujuan masing-masing

Dengan memberikan maklumat peribadi kepada MYD (dan/atau entiti berkaitan dengan MYD), anda mengesahkan bahawa maklumat tersebut adalah lengkap dan tepat, setakat kepercayaan dan pengetahuan anda yang terbaik.

Kegagalan untuk mematuhi keperluan yang dinyatakan, boleh mengakibatkan ketidakupayaan MYD untuk memenuhi permintaan dan/atau permohonan.

3: Tujuan untuk Pengumpulan, Penggunaan dan Pendedahan Maklumat Peribadi

Secara umumnya, MYD mengumpul, mengguna dan mendedah maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Untuk mengesahkan identiti anda;
  • Untuk berkomunikasi dengan anda;
  • Untuk menjawab soalan dan permintaan anda;
  • Untuk mematuhi hukum-hukum, undang-undang, peraturan dan panduan yang berkaitan (yang diterbitkan oleh pihak berkuasa berkaitan);
  • Untuk penyimpanan rekod data (di mana terdapat sebab-sebab perundangan dan/atau perniagaan untuk penyimpanan rekod data ini);
  • Untuk tujuan permatuhan terhadap undang-undang (termasuk tetapi tidak terhad kepada memperolehi nasihat undang-undang; untuk memudahkan penyelesaian pertikaian; dan untuk menyiasat kesalahan undang-undang yang disyaki termasuk pelanggaran harta intelek); dan/atau
  • Untuk tujuan yang berkaitan dengan semua tujuan yang dinyatakan sebelum ini.

Pada kehujungan tempoh tinjauan, dalam tempoh pengekalan yang dinyata di bawah, kami mungkin membina direktori Data Awanama, di mana data yang boleh dikenal pasti kepada seseorang pengguna akan dikeluarkan, untuk tujuan penilaian dan analisis tinjauan. Ini adalah untuk penilaian pendapat-pendapat belia Malaysia atas hal-hal sektor air dan perubahan iklim di Malaysia.

Kami memegang hak untuk mengguna Data Awanama untuk apa-apa tujuan dan mendedahkan Data Awanama kepada pihak ketiga di atas kebijaksanaan kami.

4: Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami telah mengenal pasti jenis-jenis maklumat peribadi yang mungkin akan dikumpul, dalam perenggan sebelum ini, dan sebab-sebab tertentu untuk pengumpulan, pergunaan dan/atau pendedahan maklumat peribadi. Maklumat peribadi anda akan disimpan secara sulit oleh kami, setakat mana yang boleh dilaksanakan dan praktikal kecuali jika pendedahan wajib dilaksanakan.

Pendedahan maklumat anda mungkin dianggap sebagai kerperluan oleh jawatankuasa penganjur, untuk situasi-situasi tertentu termasuk tetapi tidak terhad kepada jika penderma memohon informasi ini.

Untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan sebelum ini (di mana berkaitan), maklumat peribadi anda mungkin akan didedahkan kepada pihak tersebut:

  • Pihak-pihak berkaitan dengan MYD seperti penderma untuk projek ini;
  • Pihak kerajaan, badan berkanun dan penguatkuasa undang-undang yang berkaitan, untuk mematuhi dengan undang-undang berkaitan dan, peraturan; dan/atau
  • Mana-mana pihak yang anda membenarkan kami untuk mendedahkan maklumat peribadi anda kepada.

Untuk setakat mana yang boleh dilaksanakan dan praktikal, MYD akan berusaha untuk memastikan bahawa jawatankuasa penganjur yang terlibat dalam pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi ini akan mematuhi ketetapan dalam Polisi ini.

5: Pengekalan Maklumat Peribadi

MYD akan mengekalkan maklumat peribadi yang dikumpul selama 1 tahun selepas tempoh tinjauan untuk memenuhi tujuan-tujuan maklumat tersebut telah dikumpulkan, seperti yang dinyata sebelum ini.

Maklumat yang dikumpul akan disimpan dalam penyimpanan awan MYD dan akaun perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) (i.e. SaaS yang digunakan untuk laman web tinjauan). Jawatankuasa penganjur dan sukarelawan mereka akan menerima akses khusus kepada peyimpanan awan MYD dan akaun perisian ini untuk tempoh yang dinyatakan dan digunakan untuk tujuan analisis pendapat-pendapat belia Malaysia atas perkara-perkara mengenai sektor air dan perubahan iklim di Malaysia.

Semasa menghapuskan maklumat peribadi, skan menggunakan cara-cara praktikal dari segi komersil dan yang boleh dilaksanakan dari segi teknikal untuk memastikan maklumat peribadi tidak dapat dipulihkan, seperti diwajibkan oleh undang-undang yang berkenaan.

6: Keselamatan Perlindungan Maklumat Peribadi

Keselamatan dan perlindungan maklumat peribadi anda amat penting kepada MYD. Oleh itu, MYD telah mengaturkan keselamatan yang berpatutan untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada kehilangan atau kecurian, dan juga daripada akses yang tidak bersah dan pendedahan yang keterlaluan. Ini akan dicapai dengan memberikan akses yang terhad kepada maklumat peribadi yang telah diberikan kepada kami, hanya untuk jawatankuasa penganjur yang berkaitan, dengan cara-cara pengekalan yang dinyatakan di atas (rujuk Seksyen 5).

Malangnya, terdapat juga kemungkinan risiko dalam proses penghantaran maklumat melalui mana-mana saluran (lebih-lebih lagi melalui internet) dan/atau pengekalan maklumat dalam alat simpanan, dan MYD tidak boleh menjamin semua komunikasi antara anda dengan MYD (dan/atau pihak-pihak berkaitan) atau maklumat yang disimpan dalam sumber-sumber kami, termasuk maklumat peribadi tidak akan mengalami akses yang tidak sah daripada pihak-pihak ketiga.

Setakat mana dibenarkan oleh undang-undang berkaitan, MYD (dan pihak-pihak berkaitan seperti yang dinyatakan di Seksyen 4) tidak bertanggungjawab untuk apabila pengguna tidak mengambil tindakan yang berpatutan untuk memastikan kerahsiaan dan ketepatan maklumat peribadi diteruskan dan setakat mana dibenarkan oleh undang-undang berkaitan, MYD tidak bertanggungjawab untuk penyalahgunaan yang berakibat.

Jika anda terdapat kebimbangan terhadap keselamatan maklumat peribadi anda, anda patut menghubungi kami melalui e-mel di mydclimatechange@gmail.com.

7: Perkhidmatan Pihak-pihak Ketiga

Di mana laman web bergantung pada perkhidmatan pihak-pihak ketiga, MYD cuba mengarahkan pengguna kepada polisi privasi mereka. Perkhidmatan pihak ketiga yang digunakan termasuk yang berikut:

  • Google Recaptcha:
  • Kami menggunakan Google Recaptcha untuk melindungi tinjauan daripada bot internet. Oleh itu, anda menerima polisi privasi mereka apabila mendaftar dan log masuk untuk tinjauan ini.
  • Sila rujuk kepada polisi privasi Google untuk maklumat lanjut.
  • Netlify
  • Kami menggunakan perkhidmatan Netlify untuk pengacaraan laman web. Oleh itu, anda menerima polisi privasi mereka apabila mendaftar dan log masuk untuk tinjauan ini.
  • Kami tidak mengumpul e-mel semasa pendaftaran untuk memastikan pengekalan sistem awanama. Seperti nasihat biasa, anda tidak patut menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah digunakan untuk akaun peribadi lain.
  • Sila rujuk kepada polisi privasi Netlify untuk maklumat lanjut.
  • Amazon Web Services (AWS)
  • Kami menggunakan AWS Cognito untuk proses log masuk tinjauan. Oleh itu, anda menerima polisi privasi mereka apabila mendaftar dan log masuk untuk tinjauan ini.
  • Sila rujuk kepada polisi privasi AWS untuk maklumat lanjut.
  • SurveySparrow
  • Kami menggunakan SurveySparrow untuk seksyen soal selidik dalam tinjauan dengan benaman SurveySparrow ke dalam laman web kami. Oleh itu, anda menerima polisi privasi mereka apabila berinteraksi dengan soal selidik.
  • Sila rujuk kepada polisi privasi SurveySparrow untuk maklumat lanjut.
  • Pol.is:
  • Kami menggunakan alat tinjauan Pol.is untuk seksyen perbincangan terbuka dalam tinjauan dengan benaman Pol.is ke dalam laman web kami. Oleh itu, anda menerima polisi privasi mereka apabila berinteraksi dengan alatan mereka (“Pol.is Conversation”/Perbualan Pol.is).
  • Anda boleh memilih untuk memberikan Pol.is alamat e-mel apabila melanggan kepada kemas kini daripada Perbualan Pol.is. E-mel ini hanya boleh diakses oleh Pol.is dan MYD tidak akan menerima akses kepadanya.
  • Sila rujuk kepada polisi privasi Pol.is untuk maklumat lanjut.

8: Kemaskini Polisi

MYD mungkin akan mengemaskinikan syarat-syarat dalam Polisi ini dari semasa ke semasa untuk memastikan pematuhan dengan perkembangan masa depan, arah aliran industri dan/atau apa-apa perubahan dalam keperluan undang-undang dan/atau pengawalseliaan. Anda setuju untuk terikat oleh syarat-syarat Polisi ini yang berkuasa dan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa, sambil tertakluk kepada hak anda di undang-undang. Sila menyemak balik secara berkala untuk maklumat yang dikemaskini mengenai pengendalian maklumat peribadi anda.

(Kemaskini terakhir pada 17 Januari 2021)